NADI X MAHIR: MAHIR PERTANIAN PINTAR MINGGU 4
4 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 04 Februari 2026 bersamaan hari Rabu, Mahir Pertanian Pintar Minggu 4 telah diadakan. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai pengurusan serangga perosak dan penyakit tanaman secara berkesan, termasuk kaedah kawalan yang sesuai bagi memastikan tanaman kekal sihat dan produktif.
Aktiviti Utama:
- Jenis serangga perosak serta symptom serangan pada tanaman
- Kaedah kawalan kimia yang selamat dan terkawal
- Pengurusan penyakit tanaman dan langkah pencegahan
- Pengurusan virus yang menyerang tanaman
- Aspek biosekuriti dalam melindungi tanaman daripada jangkitan dan serangan berulang
Secara keseluruhannya, sesi ini telah memberi peluang kepada peserta untuk memahami kaedah mengenal pasti serangan perosak dan penyakit, serta mengaplikasikan langkah kawalan yang sesuai bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan tanaman dalam pertanian pintar.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: